sweet kan kan kan . |
Cakap nak ke atas
Owh! Sangat tertekan bila gua berhadapan dengan manusia cakap nak yang A+++ ..seumpama perdana menteri Bangladesh yang beria-ia mengeluarkan fakta -fakta dari kitab yang turun dari langit,semua nak betul. Kejadah apa namanya tu .Gua tak tahulah kenapa spesis manusia macam ni boleh hidup dekat muka bumi yang bertuah ni.pelik,terasa berada di zaman jahiliyah pulak kan bila berdepan dengan dia orang . cakap ni salah tu salah,yang betul dia je .Gua memang nak kahak kan je,mungkin mereka ni psiko,terlalu ingin mencari publisiti murahan? Oh! Terasa gelap dunia kejap bila ada member cenggini rupa .terasa kerdil lagi. Kata putus lu tinggalkan jela kawan jahanam cenggini . kejam. Tapi untuk kesenangan lu jugak .lu nak pagi lu cerah ke gelap? Keh keh keh
Laser
“Bla bla bla tak hot,blab bla bla macam beauty and the beast,bla bla bla cilaka blab la bla” ..cilaka! boleh sentap hati gua bila ada member jahanam cenggini .tak hirau langsung hati member lain yang dah terguris bak kaca terhempas ke bumi para ambiya bila mendengar bisikan azazil sebegitu rupa.mungkin dia ingat bapak dia sorang yang bayar insuran mulut tiap-tiap bulan.
ya mungkin! Mungkin mak dia kurang bagi makan penampau sedas dua ke atas anak yang perangai macam setan neraka tingkat ketujuh. mungkin.oh! jangan salah ibu membunting .lu still nak bercomolot dengan kawan jahanam lu lagi?,pastikan hati lu punya helmet keselamatan setebal besi neraka .insyaallah selamat lu dunia akhirat .keh keh keh .
Bajet leader .
“owh! Ok makan sini lah,tak pe lah murah sikit ..erm tapi i nak makan stik tenggiling BaBiQ boleh tukar tempat lain tak? Eh tak pe lah makan dekat tempat tadi lah, stik tenggiling BaBiQ kat sini mahal tau kat sana lagi murah siap boleh dapat diskaun lagi you! “ .. what the jambu? Like hell rasanya ,ek ek! kejap nak yang tu kejap nak yang ni . ingat mak bapak dia ada share dengan tempat tu .
oh! tu andaian gua je .mungkin betul mak bapak dia ade share tu pasal suka-suka hati mak bapak lembu nak ikut cakap dia,lu rasa macam kuli tak . HA HA HA .bukan macam tapi memang .perasan dia yang tentukan semua benda . sangat annoying ok . pastikan lu bagi tendangan maut tahap maha dewa siva sebelum berkawan dengan jahanam cenggitu ,baru cool . cool bukan .
Suka mencelah
Gua rasa still ada lagi member yang jenis suka mencelah…macam cilaka kan. ..Macam tak de adap ketimuran langsung bila mangkuk-mangkuk ni nak mencelah,ntah dekat sekolah pondok mane mangkuk-mangkuk ni belajar,agaknya tak pass subjek “mencelah” la tu kot,tu pasal main langgar je..sekurang-kurangnya bagi la intro nak mencelah sikit bagi salam ke,tumpang lalu ke isyarat badan ke tak pun buat-buat mati depan member ke. Tak de lah nampak nak mencelah sangat .lu tau tak bila mangkuk-mangkuk ni dah mula mencelah boleh hilang selera nak bercakap kan .so,untuk mengelakkan benda ni berlaku di luar kawalan,gua rasa baik lu siap-siap stepler bagai mulut member lu yang suka mencelah .baru nyaman bila nak berinteraksi dengan orang lain kan kan kan.
Suka mengiakan kata orang
Apa yang lu cakap dia iya kan,kalau lu kasi tau yang sperm boleh hidup selama 30 hari dalam boxer yang koyak,dia still akan kata “ya” .tu lurus ke bangang ek? HA HA HA .sumpah gua memang nak gelak .gua tak tau lah kenapa dia jadi macam tu mungkindipengaruhi faktor persekitaran kot, atau mungkin dia punya penyakit “sintakhimer” iaitu sindrom takut hilang member .keh keh keh..Gua tak tau lah ,mybe dia fikir bila dia nak keluarkan ideologi-ideologi yang superb tapi dia takut member-member lain tak boleh terima..dermm,mungkin la gua rasa .
so kata putus,dia iya kan jela semua cakap member tak kira betul ke salah ke.gua sangat kesian ok .serius. sebab orang yang macam ni selalu di perkotak katik dan katikkan oleh member-member yang lain .so,kalau lu lu ada kawan macam ni gua sugest lu bagilah dia minum air tapak kaki lu sendiri dalam sebotol dua,mana tahu kot-kot perangai sawan lembu dia hilang,siapa tahu .untung-untung lu dapat anugerah member cemerlang bagi peringkat kebangsaan ye dak.
Tapi gua rasa banyak lagi kot perangai-perangai bangsat yang ada dalam diri member lu yang menyebabkan lu rasa stress tahap lembu jantan bila berdepan dengan dia orang .yela,nak sepak terajang anak orang,kalau mati pun bukan boleh ganti dengan nyawa lu pun,kalau boleh ganti ,dengan senang hati lu bagi sepak terajang padu dekat member cenggitu ye dak? So,untuk ngelak berdepan dengan member cenggini,lu WAJIB angkat kaki bila terserempak dengan member cenggitu,kurang-kurang hati lu tak sakit,jiwa lu pun tak merana .akhir kata dari gua lalui lah hari-hari lu dengan hati yang tenang dan jiwa yang matang . keh keh keh